FATIN CORNER
![]() |
FATIN CORNER |
Hai semua, admin dan Encik Iz terjah kedai Fatin Corner untuk menjamu selera. Lokasi terkini Fatin Corner adalah di Jalan Kampung Bakau iaitu di sebelah Taman Bakau Emas atau lebih senang nak cari iaitu bertentangan McD.
Fatin Corner ni sebuah kedai makan paling lagend la di Perlis untuk para penggemar Cendol Pulut, Nasi Ayam dan Bihun Sup. Fatin Corner ni telah beroperasi sejak tahun 2008 cuma tempatnya berubah-ubah.
Walaupun Fatin Corner ni sekejap kat sana, kat situ dan kat sini tapi citarasa menunya masih seperti dulu. Maksud admin kesedapannya kekal macam dulu.
![]() |
Nasi Ayam Fatin Corner |
![]() |
Cendol Fatin Corner |
![]() |
Cendol Fatin Corner |
Kalau hampa nak tau, nasi ayam Fatin Corner ni supnya pun dah sedap. Ada rasa macam nak hirup jer tapi memandangkan admin ni pemalu jadi admin tak buat la adegan macam tu. Isi ayam dan sosnya juga sangat menyelerakan. Sedap sangat wei...
Semalam admin hanya makan cendol biasa je tapi kat Fatin Corner ni ada macam-macam jenis cendol iaitu Cendol Pulut, Cendol Tapai, Cendol Jagung, Cendol Laici dan Cendol Biasa. Cendol biasa pun dah sedap apakan pula cendol-cendol lain.
Lepas ni hampa semua dah boleh la terjah Fatin Corner. Rasa sekali pasti jatuh hati...
4 ulasan
eh nama sama dgn kite. hahaha! tapi FD tak pernah makan cendol seumur hidup ni >.<
BalasPadamLa, ingatkan kedai FD
PadamWah.. banyak pilihan cendol.. cendol tapai pun ada..
BalasPadamSedap tu Sha
Padam