IT'S ALL ABOUT YOU DOMINO'S PIZZA

by - November 07, 2018

Salam you all. Disebabkan kempen It's All About You ini membuatkan Zumal tergoda nak makan pizza Domino's yang lazat tu. Kalau korang nak tahu minggu lepas je 2 kali Zumal order Domino's ni. Tambahan pula sekarang duduk di rumah bersama rakan sehati sejiwa gitu, Matt Pijanz. Bila makan berdua ni lagi best.
Tengah tunggu kat kaunter
Zumal order Domino's secara online jer lepas tu take out kat Domino's Pizza cawangan Kangar. Mulanya teringin nak pergi cawangan terbaru Domino's Pizza di Arau tapi situ sukar nak cari parking jadi Zumal pergi Kangar je. Dekat je dengan rumah.

Kalau korang nak tahu jenama pizza pertama Zumal pernah makan adalah Domino's sebab tu Domino's Pizza sentiasa di hati Zumal lagi pun pizzanya lembut dan tak keras walaupun dah berjam-jam kita beli tau. Selain tu di Domino's Pizza ada pelbagai menu untuk side order dari roti hingga ke pasta.


dinner kami


Masa order hari tu Zumal beli regular pizza Extravaganza, Breadstix dan air pilihan Zumal ialah Pepsi.


Zumal dan Matt Pijanz

Pizza Extravaganza adalah pizza pilihan Zumal sejak kerja di Klang masa tahun 2011 lagi tau. Breadstix ni tak tahu la baru ke lama tapi rasa dia memang sedap sangat.

Lapar ler tu


Masa ni kami makan malam. Untuk pengetahuan korang lepas Zumal order online tu Zumal dapat pulak kupon pizza free. Jadi 2 hari lepas tu Zumal order pulak Domino's Pizza tapi kali ni untuk minum petang pulak.


pizza


Untuk kali kedua order Zumal pilih 2 pizza personal iaitu Aloha Chicken dan Chicken Pepperoni dan Breadstix. Matt Pijanz tu suka sangat Breadstix. Di Domino's Pizza setiap kali membeli pasti korang akan terima hadiah kupon untuk tebus pizza ataupun bread percuma selain kupon-kupon diskaun. Itu la tanda Domino's amat menghargai para pelanggannya. Memang kena dengan kempen It's All About You kerana Domino's Pizza sangat menjaga pelanggannya supaya sentiasa terpaut pada Domino's Pizza.

Jom Zumal nak share kat korang sedikit sejarah Domino's Pizza. Korang nak tahu pada tahun 1997, Tom Monaghan, pengasas Domino's Pizza Inc secara rasmi melancarkan Domino's Pizza Malaysia. Store Domino's Pizza pertama ialah di USJ. Masa tu ada 15 orang staff jer. Kemudian tahun 1999, store pertama di Johor pula dibuka. Pada tahun yang sama toll free number untuk delivery dilancarkan. Kemudian Domino's Pizza berkembang ke Penang dan store pertama dibuka pada tahun 2001.

Tahun demi tahun pelbagai pembaharuan dan peningkatan dijalankan oleh Domino's Pizza hanya untuk korang, It's All About You. Sebab itulah Domino's Pizza sentiasa di hati Zumal.

Domino's Pizza


Untuk ketahui lebih lanjut tentang promosi dan kempen It's All About You ini, korang boleh layari www.dominos.com.my/itsallaboutyou

You May Also Like

6 ulasan