• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

VIRAL FOOD MALAYSIA

Hai semua, bulan September lalu Zumal ada join team Borakkita ke Langkawi. Hari pertama tu kami ke Laman Padi dan bila tengah hari kami lunch di Gemalai Restaurant yang juga berada dalam kawasan Laman Padi tersebut.


Gemalai Restaurant

Gemalai Restaurant ini dahulunya dikenali sebagai Sea Shell Restaurant. Gemalai Restaurant yang berlatar belakang sawah padi ini berkeluasan 3000 kaki persegi dan boleh menerima 200 tetamu pada satu-satu masa. Ianya menawarkan hidangan ala kampung dan juga ala barat. 


Team Media sibuk bergambar

Hidangan ala kampung yang sangat menyelerakan


Gulai ni buat Zumal nak pergi lagi ke sana


Satu hidangan masakan ala kampung seperti yang dihidangkan kepada kami berharga RM70 untuk empat orang. Memang puas la makan. Sangat menyelerakan dan sungguh mengenyangkan.


Setakat ini sahaja perkongsian Zumal kali ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi :


The Gemalai Village Laman Padi
Jalan Pantai Cenang
07000 Langkawi
Kedah


Tel: 604-955 3225
Email: sales@ladaeco.my
Web: www.ladaeco.my
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan

SKYBISTRO

Salam semua. Hari ni Zumal nak kongsi pengalaman menjamu selera di tempat makan paling tinggi di Langkawi tau. Kali ni tak ajak Matt Pijanz join pun, moga dia rasa jeles la. SkyBistro adalah satu-satunya cafe yang berada di puncak Gunung Mat Chinchang. Terdapat pelbagai menu menarik di SkyBistro ini terutama yang best adalah menu westernnya.


Antara menu special

Makan di awangan memang best

Pengalaman yang sangat menarik bila dapat menikmati hidangan lazat di puncak gunung berlatarkan suasana indah. 


Mai try
Jemput la makan yer




Ini la kitchen Sky Bistro

Lupa nak bagitau, kalau nak makan di SkyBistro ni korang kena naik SkyCab di Oriental Village Langkawi tu yer. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.panoramalangkawi.com


PANORAMA LANGKAWI SDN BHD
Oriental Village, Burau Bay
07000 Langkawi
KEDAH

Tel: 604-959 4225/1225

Fax: 604-959 1121/4121

Email: info@panoramalangkawi.com
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Salam you all. Disebabkan kempen It's All About You ini membuatkan Zumal tergoda nak makan pizza Domino's yang lazat tu. Kalau korang nak tahu minggu lepas je 2 kali Zumal order Domino's ni. Tambahan pula sekarang duduk di rumah bersama rakan sehati sejiwa gitu, Matt Pijanz. Bila makan berdua ni lagi best.
Tengah tunggu kat kaunter
Zumal order Domino's secara online jer lepas tu take out kat Domino's Pizza cawangan Kangar. Mulanya teringin nak pergi cawangan terbaru Domino's Pizza di Arau tapi situ sukar nak cari parking jadi Zumal pergi Kangar je. Dekat je dengan rumah.

Kalau korang nak tahu jenama pizza pertama Zumal pernah makan adalah Domino's sebab tu Domino's Pizza sentiasa di hati Zumal lagi pun pizzanya lembut dan tak keras walaupun dah berjam-jam kita beli tau. Selain tu di Domino's Pizza ada pelbagai menu untuk side order dari roti hingga ke pasta.


dinner kami


Masa order hari tu Zumal beli regular pizza Extravaganza, Breadstix dan air pilihan Zumal ialah Pepsi.


Zumal dan Matt Pijanz

Pizza Extravaganza adalah pizza pilihan Zumal sejak kerja di Klang masa tahun 2011 lagi tau. Breadstix ni tak tahu la baru ke lama tapi rasa dia memang sedap sangat.

Lapar ler tu


Masa ni kami makan malam. Untuk pengetahuan korang lepas Zumal order online tu Zumal dapat pulak kupon pizza free. Jadi 2 hari lepas tu Zumal order pulak Domino's Pizza tapi kali ni untuk minum petang pulak.


pizza


Untuk kali kedua order Zumal pilih 2 pizza personal iaitu Aloha Chicken dan Chicken Pepperoni dan Breadstix. Matt Pijanz tu suka sangat Breadstix. Di Domino's Pizza setiap kali membeli pasti korang akan terima hadiah kupon untuk tebus pizza ataupun bread percuma selain kupon-kupon diskaun. Itu la tanda Domino's amat menghargai para pelanggannya. Memang kena dengan kempen It's All About You kerana Domino's Pizza sangat menjaga pelanggannya supaya sentiasa terpaut pada Domino's Pizza.

Jom Zumal nak share kat korang sedikit sejarah Domino's Pizza. Korang nak tahu pada tahun 1997, Tom Monaghan, pengasas Domino's Pizza Inc secara rasmi melancarkan Domino's Pizza Malaysia. Store Domino's Pizza pertama ialah di USJ. Masa tu ada 15 orang staff jer. Kemudian tahun 1999, store pertama di Johor pula dibuka. Pada tahun yang sama toll free number untuk delivery dilancarkan. Kemudian Domino's Pizza berkembang ke Penang dan store pertama dibuka pada tahun 2001.

Tahun demi tahun pelbagai pembaharuan dan peningkatan dijalankan oleh Domino's Pizza hanya untuk korang, It's All About You. Sebab itulah Domino's Pizza sentiasa di hati Zumal.

Domino's Pizza


Untuk ketahui lebih lanjut tentang promosi dan kempen It's All About You ini, korang boleh layari www.dominos.com.my/itsallaboutyou
Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan
Newer Posts
Older Posts

Jumlah Paparan Halaman

About me


Assalamualaikum
Salam perkenalan dari admin Viral Food Malaysia
Untuk sebarang pertanyaan / review / sponsor /
advertorial / event
dan collabration sila email ke
zumal84@gmail.com
01140793530

Pengikut

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Arkib Blog

  • November 2018 (3)
  • Oktober 2018 (3)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates